Ahad, 15 November 2009

orang baru

hari ini genap 2 hari seorang hamba dizahirkan ke dunia tetapi malang, kehadirannya tidak membenarkan ia nya spt bayi-bayi lain. Masih tersimpan dalam incubator dan memerlukan kawalan rapi dari pihak hospital.
Semuga Allah memberkati kelahiran sulung dari zuriat anak bongsu ana ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan kekuatannya untuk menyambung hasrat keluarga memperjuangkan Islam dibumi nya ini. Amin!

Sabtu, 14 November 2009

Era baru

Hari ini ana mulakan blog ini, baru semalam mendapat cucu baru, syukur kepada Allah, Tuhan seru sekelian alam.
Juga mulai hari ini akan memberi maklumat sekitar perkampungan ana yang sekian hari sekian terpinggir oleh pembangunan agama..... dulu terkenal sebagai perkampungan ulamak tetapi kini hanya tinggal nama sahaja. Terdapat suaru-surau untuk beribadah dibiarkan usang begitu sahaja. Dul ada 6 surau dan 1 mesjid utk dijadikan pusat ibadat, tetapi sekarang 3 telah tida berfungsi....dimanakah silap nya?......Ana berbangga dengan pembinaan Tahfiz Qiraat yang berjalan sejak 18 tahun yang lalu.... syabas kepada mereka yang berusaha menghidupkan suasana perkampungan ilmu ini semula..
Kita jumpa lagi